Bagaimana cara nak membuatkan isteri anda "exited" terhadap anda?
Sebenarnya, berjaya atau tidak anda memuaskan pasangan anda bergantung kepada setakat mana anda mengetahui apa yang pasangan anda suka dan benci. Apa yang membuatkan pasangan anda rasa teruja untuk melakukannya. Apa yang membuatkan isteri anda mahukan anda selalu.Setiap kali sebelum melakukan hubungan suami isteri, selalunya siapa yang akan mengorak langkah dahulu? pada kebiasaannya suami yang akan memulakan aksi dulu.Kalau seminggu anda melakukan hubungan intim sebanyak 3 kali secara purata, bermakna anda melakukan hubungan seks sebanyak 12 kali sebulan.Berapa kali hubungan seks dengan isteri anda dimulakan oleh isteri? sekali dalam sebulan atau dua kali dalam sebulan.?Biasanya tidak lebih dari sekali atau tiada lansung.
Mengapa perkara ini berlaku?adakah semua pasangan begitu?
Ada dua faktor penting yang menyebabkan isteri jarang-jarang untuk memulakan aksi hubungan seks
.
1. Tidak pernah atau jarang-jarang mendapat kepuasan ketika melakukan hubungan seks dengan suami
Kalau setiap kali melakukan hubungan seksual bersama suami, suami sahaja yang mendapat kepuasan, memang lama kelamaan isteri akan merasakan hubungan seks tidak memberi makna kepadanya. Hilang rasa keterujaan dan ghairah apabila setiap kali ingin bersama suami.Disebabkan kewajipan yang di tanggung sebagai seorang isteri, maka isteri yang baik selalunya tidak akan mengecewakan suami mereka. Perkara biasa yang berlaku kepada suami adalah pancut awal.
Cuba anda bayangkan, setiap kali anda melakukan hubungan intim dengan isteri anda, anda mampu memuaskannya dua atau tiga kali.Sudah tentu isteri anda sentiasa menantikan saat-saat indah itu berulang lagi, esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan seterusnya. Apa lagi kalau anda dapat memberikan pengalaman berbeza kepada isteri setiap kali melakukan hubungan seks, tentu hebat kan?
2. Isteri hanya diransang secara fizikal sahaja dan bukan secara emosi dan perasaan
Selalunya bagi kaum lelaki, terangsang untuk melakukan hubungan seks sangat mudah. Melalui pandangan mata kadang kala sudah mencukupi.
Lain halnya bagi wanita atau isteri anda. Meraka teransang dan teruja untuk melakukan hubungan seks melalui emosi atau ransangan perasaan dan ransangan fizikal. Walaupaun ransangan fizikal umum diketahui oleh semua suami, namun masih ramai yang melakukan kesalahan, contohnya :
- Memulakan aksi dengan terus menerjah payudara dan kemaluan isteri.
- Tidak sabar dan meniggalkan "ringan-ringan" atau "foreplay"
Tak dapat dinafikan, dua perkara diatas masih dapat merangsang kemahuan seksual isteri anda tetapi ia bukanlah ransangan yang maksimum yang akan memberikan kepuasan maksimum kepada isteri anda.
Apabila berbicara tentang foreplay, ramai yang menganggap ia adalah ransangan fizikal semata-mata dan tumpuan utama diberikan kepada kemaluan dan payudara.
Kadang-kadang isteri anda mungkin tidak selesa kepada ransangan kemaluan semata-mata setiap kali melakukan hubungan seks. Lama kelamaan akan menjadikan hubungan seks suami isteri satu yang membosankan ibarat makan makanan yang sama setiap hari.
Jadi kenapa tidak melakukan sesuatu yang berbeza setiap kali seperti juga kita menukar selera untuk makan pelbagai menu makanan.
No comments:
Post a Comment